Thursday, September 10, 2009

Tipu!

Tipu!...Hmm..Kasar tak bila kita panggil orang macam tu?Nampak kasar kan?Tapi itulah yang selalu aku dapat bila sesuatu yang aku cakapkan tidak dipercayai oleh orang lain.Pertama kali aku dengar sepanjang hidup aku adalah pada hari khamis minggu lalu.Dilakukan oleh seorang tua berdagu licin macam tut..lu pikir la sendiri.

Apa la nak jadi dengan manusia ni.Aku bukan apa.Cuma nak minta janganlah kita suka-suka bercakap buruk secara spontan pasal orang lain.Perlakuan yang dilakukan secara spontan bukanlah satu perlakuan yang baik.Perlakuan secara spontan dilakukan disebabkan manusia itu tidak berfikir.Menganggap diri terlalu bagus.Bongkak.Dan bermacam-macam lagi penyakit hati yang lain.Walaupun aku sedar aku juga punya penyakit hati tetapi sebaiknya jangan kita cepat melemparkan kata-kata.Tulisan itu ibarat mata pedang.Dan lidah itu yang menghirisnya.Tapi jangan pakai lidah hiris bawang.Sampai berbuka pun tak boleh nak masak.

Apa-apa pun,aku cuma nak menasihati diri sendiri.Kalau marah,dengarlah bacaan ayat suci al-quran.Kerana sekeras-keras hati Umar,al-quran jualah pelembutnya.

Hoh~

2 comments:

biarkan ape org nk kte
asalkan kite berada di pihak benar

faham-faham je afif camne..;P
suka melawan kalau rasa betul..