Well..miza is the name of my wife..;)
Hari ni 14hb October ialah hari jadinya.Yang ke berapa tak perlulah disebut..hikhik..
Belum ada apa-apa yang mampu aku bagi sempena harijadi dia..Tak mampu nak bagi kereta BMW,rumah atau barang kemas..semua itu memerlukan duit yang banyak..T_T
Apa-apa pun,aku ingin mengucapkan
1. Selamat hari-hari..dekat di hari,dekat di hati..;P
2. Masak sedap2 untuk b..untuk b untuk ayg juge..hehe
3. Insyallah hidup sentiasa diredhai..
4. Harap ayang gembira hidup bersama b..
Salam sayang dari suami mu..mmuahxx.. =)
Akhbar Online
Aku
Dilahirkan pada 30 November 1985. Bekerja sebagai pengaturcara komputer.Sempoi dan boleh dibawak bergaduh.Mempunyai pendirian yang kukuh dan tidah mudah dipengaruhi.Mempunyai satu lagi blog formal Asas Niaga
Favorite Blog
Community Link
Melihat kepada tajuk di atas pasti ramai yang menyangka bahawa ini ada kaitan dengan kejadian gempa tempoh hari.Jadi senang cerita aku bagitau bahawa kejadian badan aku bergetar langsung tiada kaitan dengan kejadian gempa bumi atau tsunami.Bahkan bukan juga disebabkan produk tekasima shake your boom.
Sebaliknya punca badan aku bergetar ialah disebabkan aku lapar.Jadi aku nak pergi lunch.Sekian.
Huahuahua!
Post kali ini aku buat atas dasar kesiankan bebudak yang tak tahu nak ambil kursus apa untuk melanjutkan pelajaran selepas tamat spm atau matrik.Ini juga dinasihatkan kepada bebudak yang tahap akademiknya suam-suam kuku atau tak suam langsung macam aku.
Bagi aku ada sejibik kursus sahaja yang mendapat perhatian dari sinar mata aku yang boleh menjadikan anda senang mendapatkan kerja yang dekat dengan kampong halaman anda iaitu pengurusan.Bagi aku skop course pengurusan sangat luas.Bila skop dah luas,peluang kerjaya juga makin luas.Dan anda sangat diingini oleh syarikat-syarikat korporat untuk mengkayakan lagi mereka.
Faktor terpenting kenapa aku bagitau begitu ialah sebab pengalaman sendiri.Walaupun aku seorang programmer(bunyi cam baguss jek..),namun kerjaya aku hanya banyak di bandar-bandar besar yang sibuk dengan bunyi-bunyi bising seperti di Pulau Pinang,Kuala Lumpur dan Johor Bahru.Tiada ketenangan cuma tekanan.Amat jarang sekali programmer diperlukan di Pantai Timur.Kuantan,Kuala Terengganu tak nak aku ke?Aku sendiri tak tahu ape kejadahnya dibuat Koridor Ekonomi Pantai Timur kalau tak mampu menyediakan peluang kerja yang sama rata kepada semua orang di semua tempat.Bukan membangkang tapi tak sokong.
Apa pun,selamat maju jaya kepada bebudak spm dan matrik.
Wuhuhu!
Bulan ramadhan kembali meninggalkan kita dengan seribu satu persoalan dan satu jawapan.Dan jawapan tersebut sangatlah senang kerana soalannya pun anda sendiri yang cipta.Sape suruh banyak tanya?Kan dah kena jawab.Hehe.
Walaupun telah seminggu beraya dan terasa sesangat lambat untuk wish tapi aku ingin juga mendegilkan diri mengucapkan selamat menyambut hari raya kepada ibu-ibu,bapa-bapa,pengikut-pengikut blog aku yang sentiasa shouting-shouting dekat cbox,famili-famili,sahabat handai,musuh-musuh tradisi,cikgu-cikgi dan pendatang asing yang ingin pulang ke tanah air serta tidak lupa juga kepada pendatang tanpa izin yang tak tahu nak balik ke tak.Semoga selamat sampai ke destinasi dituju.
Nasihat dari aku,sentiasalah bersederhana ketika hendak beraya di open house.Janganlah mentekedarah apa yang ada di depan mata walaupun dihidangkan nasi himpit,sate,ketupat rendang sila nikmati kawan dan bermacam-macam produk kesihatan lain.Jangan meminta duit raya tanpa rasa segan silu seperti,"Makcik,saya datang ni nak mintak duit raya je.".Kemungkinan besar anda mungkin berputih mata kerana ditampar laju-laju oleh sang tuan rumah.
Apapun,pasti ramai yang dah kembali ke opis.Oleh itu,fokuskan diri anda melakukan kerja-kerja yang disuruh oleh bos.
P/S:Udah-udah le tu mood raya nak..
Wuhuhu!
Owh..dah hari Khamis rupanya.Selepas hari Khamis pastinya hari Jumaat,bukan?Ya atau bukan?Adakah anda pasti dengan jawapan anda?Anda masih ada tiga talian hayat dan saya ada satu telefon bimbit cap nokia sedangkan family saya masing-masing pakai cap Sony dan bukannya cap kipas udang.Anda masih tidak mahu menggunakannya?Bagus.Kerana jawapannya adalah betul.Esok ialah hari Jumaat.
Apa ada pada hari Jumaat?Kalau hari Sabtu kita ada Saturday Nite Fever.Hari Isnin kita ada Monday Movie..Bagaimana dengan hari Jumaat?Ya.Sekali lagi jawapan yang betul.Sudah tentu jawapannya ialah,aku pun tak tahu.Sebab kalau diperhatikan pada tajuk post di atas,tajuknya ialah 'hari ini hari Khamis' dan bukannya 'hari ini hari Jumaat'..Tepuk!..Tepuk!
Baiklah.Hari Khamis pada minggu ni aku berasa sedikit bohsan kerana opis senyap sunyi.Masing-masing telah balik ke kampung halaman masing-masing bak kata manager ku,'They are all going back to their hometown already'.
Baguslah pulang awal.Apapun berhati-hati di jalan raya.Jangan sesekali mengerling ke arah awek cun atau seksi semasa memandu kereta di kelajuan impak maksima.Ingatlah bahawa anda berada di dalam bulan Ramadhan.(hahaha..amik kau!)
Berbalik cerita di dalam opis,disebabkan tiada bunyi lain di dalam opis maka secara siaran langsungnya hanya kedengaran jari-jemari aku yang sedang rancak memetik keyboard hitam berjenama Microsoft.Kendatipun ada opismate yang masih belum balik ke kampung halaman namun mereka tidak banyak menaip tetapi lebih suka melayan belaian jiwa kacau dengan mendengar lagu-lagu sedih di aidilfitri..sob..sob..terlintas di fikiran aku bagaimana kalau aku beraya di Kay Ell ni.Mungkin hanya biskut meri atau biskut lemak yang menjadi santapan di pagi raya.Tak lupa juga air rebena 'Kellaaass Untie..'.Yelah.Asik air sirap jek.
Apapun,aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang telah mem'follow me'.Aku berdoa agar anda semua diberkati dan dilindungi Allah yang Maha Esa selalu di dunia mahupun akhirat.Tak lupa juga ucapan terima kasih kepada cHeRyNa PiReS yang suruh aku update blog ini selalu supaya dapat menghantar status stalker kepadanya.Walaupun aku tak tahu apa itu stalker tapi teruskan jugak lah mengupdate blog ini.. ;D
Thank you for all your support..Tepuk!Tepuk!Tepuk!
Seperti tajuk post di atas,bukanlah maksud ku untuk menegur tanpa sebab.Bukan juga untuk menghuraikan cerita Jangan Tegur atau Jangan Pandang Belakang.Ini kerana secara 'langsung takde kaitan',pemimpin kita lebih suka kita pandang ke timur daripada pandang ke belakang,ke barat,pandang cermin atau "pandanglah lihatlah tiru macam saya".
Baiklah.Terus kepada point atau bahasa Inggerisnya straight to the point and don't belok-belok,aku ingin mempelawa korang yang baca blog aku ni untuk menjadi follower aku.Bukan sahaja sebab aku suka pakai bedak follow me tetapi juga kerana aku sekarang sudah menjadi blogger..Tepuk!..Tepuk!
Sebenarnya aku suka merepek apabila berada dalam tekanan 210Pa bersamaan tekanan tayar kereta kancil merahku yang suka membuang anginnya sendiri.Aku juga boleh ditegur sapa oleh sesiapa sahaja yang ingin menegurku.Oleh itu,aku nasihatkan korang supaya..
"Baik follow aku,kalau tidak.."(sila sambung sendiri tidak lebih dari 1 patah perkataan).Sekian sahaja nasihat aku pada kali ini.
Jangan tengok aje ok.Follow me..(^_^)
Wahaha!
Sebentar tadi aku dikejutkan dengan berita bahawa kerepek-kerepek ku telah siap untuk diambil..
Pantas seperti too fast too furios.Semalam aku kirim hari ni dah ready..
Bukan seperti pos laju yang dijamin sampai esok tapi minggu depan tak sampai-sampai lagi..
Petang ini juga aku akan mengambilnya tanpa melengahkan masa walau sejam, dua jam, tiga jam dan jam-jam seterusnya..
Dan sudah pasti dengan pantas dan rakus aku akan membuka bungkusan yang mengandungi kerepek itu setibanya di rumah selepas berbuka puasa nanti..
Tak sabar rasanya mengunyah kerepek yang menggunakan duit hasil titik peluh membanting tulang empat kerat atau lebih..
(Bunyi macam susah sangat je kerja..)
Yang pasti aku sudah ada sesuatu untuk dibawa balik ke kampung halaman atau lebih tepat
bandar halaman dan aku disyaki akan bertolak pada hari Jumaat malam Sabtu minggu ini bersamaan err..tengoklah kalendar sendiri..
Jadi bersempena dengan hari Selasa ini,aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada si pembeli kerepek a.k.a memberku yang sangat menyayangi kambing..
Bagi aku,beliaulah superhero yang sejati bukan sahaja kerana susuk tubuhnya yang seperti bio nik tetapi juga kerana beliau sanggup bergadai nyawa untuk bertanyakan mak beliau tentang harga-harga kerepek tersebut..
Sesungguhnya jasamu akan tetap ku kenang sehingga tiada lagi sisa-sisa kerepek yang tinggal.Lepas tu aku tak kenang dah.
Kena beli kerepek yang lain pula untuk dikenang..
Wahahaha..
Ape-ape aje..Mula seperti mahu merepek banyak-banyak sikit hari ni.Maklumlah arini aku dah tempah kerepek daripada pekebun yang kesiankan kambing.Aku sebenarnya tengah kepala pusing membetulkan bug-bug atau bugs yang ada.
Kepada yang tak faham atau kurang celik IT(bukan disebabkan masalah mata atau rabun),bug tu bukan kumbang mahupun kambing atau sumbang mahram.
Sebaliknya bug itu ialah kesalahan yang ada di dalam sistem.
Kesalahan dari segi code mahupun logik akal.
Jadi untuk membetulkannya,beberapa syarat perlu dipatuhi.Antaranya ialah:
1. berakal(takde akal nak betulkan pun macam tak confiden je)
2. lelaki atau perempuan(bukan lelaki DAN perempuan)
3. anda sendiri mestilah betul sebelum membetulkan bug ni
3. baligh???
4. ada komputer tak kira komputer riba,komputer raba mahupun alat-alat inspektor gajet yang lain.
Al-kisah,dari pagi tadi aku membetulkan kesalahan ini.
Memang tak dapat dinafikan kelecehannya.
Senang cerita,buat sistem baru lagi senang daripada nak betulkan sistem yang sedia ada.
Jadi,di kesempatan ini,aku nak ambik kesempatan untuk bertanya,korang nak tak betulkan sistem yang ada bug ni?
Aku bagi upah duit raya yang diletakkan dalam sampul.Tak banyak tapi sikit.
Jangan bukak sampul duit raya sebelum blah dari rumah aku.
Kalau tak aku simbah dengan air rebena atau asid sitrik dan tuntut ganti rugi kerana anda telah melanggar kontrak yang tidak sah selain tiada hitam putih melainkan kertas kosong yang putih sahaja.
Amaran dari kerajaan Malaysia:Senyumlah walaupun tiada gigi.
